Mini Web - Click Here

Mini Web - Click Here

*PENGENALAN ASAS CRYPTO CURRENCY*



*PENGENALAN ASAS CRYPTO CURRENCY*

🎓 UNTUK SEMUA YG MASIH BARU INGIN MENGETAHUI DUNIA DIGITAL TERKINI, HARAP BACA & FAHAMI BETUL2

Apa itu Crypto Currency?
Apa itu Bitcoin?
Apa itu Wallet Digital ?
Apa itu Luno ?
Apa itu Block Chain ?
Apa itu Wallet Address?
Apa itu QR Code ?
Apa itu Mining ?
Apa itu Trading ?
Apa itu XE Currency ?
Apa itu Coin Market Cap ?

🎓 *Crypto Currency* adalah Matawang Maya yg tidak boleh disentuh tetapi bernilai setaraf Matawang Fizikal. Ianya terdapat lebih dari 1600 jenis Matawang Maya.

🎓 *Bitcoin* adalah salah satu Matawang Maya yg diterima pakai di seluruh dunia. Ianya jg adalah Matawang Maya yang PERTAMA sekali diperkenalkan.

🎓 *Wallet Digital* adalah wallet elektronik atau akaun berbentuk aplikasi atau website bg menyimpan untuk memudahkan segala urusan transaksi Matawang Maya.

🎓 *Luno* adalah salah satu wallet digital untuk menyimpan Bitcoin, urusan transaksi & mencairkn Bitcoin atau tukarkn menjadi Wang Fizikal ke Bank Tempatan Malaysia.

🎓 *Wallet Address* adalah  seperti No Akaun Bank tetapi ianya tersgt panjang. Ianya digunakn utk urusan traksaksi keluar masuk Bitcoin.

🎓 *Block Chain* adalah salah satu wallet digital bg menyimpan Bitcoin & urusan transaksi keluar masuk. Block Chain adalah satu satunya wallet digital yg banyak digunakan oleh pemilik Bitcoin di seluruh dunia.

🎓 *QR Kod* adalah Kod Bacaan bg Wallet Digital. Setiap Wallet Digital ada QR tersendiri. Selain menggunakn Wallet Address, urusan transaksi jg boleh dilakukan dgn hanya pengimbas (Scan) QR Kod melalui kamera smart phone atau tablet shj.

🎓 *Mining* adalah bermaksud Melombong. Crypto Currency atau Matawang Maya dilombong di Internet menggunakan Mesin Miner berteknologi tinggi. Mesin Miner boleh dibeli jika mampu. Beberapa entiti atau company yg telah ditetapkan untuk urusan Mining di Block Chain.

🎓 *Trading* adalah bermaksud Dagangan atau Urusan Jual Beli. Semua crypto currency didagangkan di platform2 yg tertentu atau secara terus kepada umum selepas mendapat hasil dari proses Mining.

🎓 *XE Currency* adalah satu aplikasi dimana kita boleh melihat & membandingkn harga semasa Bitcoin dgn Matawang Fizikal yg lain di seluruh dunia. Itu adalah penunjuk aras harga semasa, mungkin utk urusan jual beli Bitcoin di kenakan caj samada dari individu, Trader atau Exchanger.

🎓 *Coin Market Cap* adalah satu platform website yg mana kita boleh menyemak kedudukan senarai Matawang Maya di seluruh dunia.

Harap info ini sangat bermanfaat untuk semua.

3 comments: